Kesejahteraan anda keutamaan kami
Ruang selamat untuk anda bercerita.
Kaunseling yang membantu anda tenang, jelas, dan bergerak satu langkah demi satu langkah.
Panggilan Pengenalan Percuma
15 hingga 20 minit
Matlamat yang Jelas
Fokus isu dan langkah seterusnya
Kaunselor Bertauliah
Confidential & Professional
Follow up session
Teknik mudah untuk diamalkan

Maklumat Penting Sebelum Tempah Sesi
Polisi & KerahsiaanTentang Rasif Ahmad
Saya menyediakan ruang yang selamat untuk anda bercerita, memahami emosi, dan mencari jalan yang lebih tenang untuk bergerak ke hadapan. Kaunseling ini sesuai untuk anda yang sedang berdepan stress, anxiety, konflik keluarga, atau rasa buntu dalam hidup.
Kaunselor Bertauliah
Sesi Online & Fizikal
Kaunseling Individu
Kaunseling Berkumpulan
Kaunseling Keluarga
Kaunseling Kerjaya
Isu Yang Saya Boleh Bantu
Sesi kaunseling disediakan untuk membantu anda memahami emosi, memperbaiki hubungan, dan membina langkah perubahan yang realistik mengikut keperluan anda.
Stress & Burnout
Bantu anda urus stres kerja dan beban hidup yang menekan. Kita susun semula rutin, emosi, dan cara fikir supaya anda kembali stabil.
Anxiety & Overthinking
Untuk anda yang kerap risau, takut, dan terlalu banyak berfikir. Sesi ini bantu tenangkan minda dan bina rasa terkawal dalam diri.
Keyakinan Diri & Self-worth
Bila anda rasa tidak cukup, mudah jatuh semangat, atau sering bandingkan diri. Kita bina semula keyakinan dan nilai diri secara perlahan dan realistik.
Emosi & Pengurusan Marah
Bantu anda faham punca emosi dan cara respons yang lebih sihat. Sesuai untuk yang mudah meletup, cepat tersinggung, atau pendam terlalu lama.
Hubungan & Komunikasi
Untuk konflik pasangan, keluarga, atau rakan kerja yang berulang. Kita perbaiki cara komunikasi, sempadan diri, dan kefahaman dua hala.
Perubahan Hidup & Arah Tuju
Sesuai bila anda rasa buntu, hilang motivasi, atau sedang melalui fasa perubahan besar. Kita bina kejelasan dan langkah kecil yang boleh dibuat segera.
Apa kata klien saya
Maklum balas klien selepas sesi kaunseling yang tenang, jelas dan profesional.
Saya rasa lebih tenang lepas beberapa sesi. Cara Rasif dengar dan susun semula pemikiran saya memang membantu. Saya lebih jelas apa langkah yang perlu dibuat selepas ini.
Aina
Kekal terhubung
Mulakan langkah pertama anda hari ini
Jika anda bersedia untuk berbincang atau ingin tahu lebih lanjut, hubungi saya melalui WhatsApp. Kita boleh aturkan sesi yang sesuai mengikut keperluan anda.