Rasif Ahmad | Unit Trust Patuh Shariah Malaysia

Perunding Kewangan Islam

Wednesday, August 23, 2017

Kelayakan Skim Pelaburan Ahli KWSP


Mulai 1 Januari 2017, kuantum baharu Simpanan Asas Skim Pelaburan Ahli (SPA) telah dilaksanakan. Kuantum baharu ini menetapkan RM228,000 sebagai amaun minimum ahli perlu ada dalam Akaun KWSP apabila mencapai umur 55 tahun.

Definisi Simpanan Asas
Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM228,000 pada umur 55 tahun.  Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas dalam produk dan menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

Rasional
Rasional pelaksanaan Simpanan Asas adalah supaya ahli memperolehi jumlah minimum sebanyak RM950.00 sebulan bagi membiayai keperluan asas persaraan apabila bersara kelak, selama 20 tahun bermula daripada umur 55 tahun hingga 75 tahun, iaitu selaras dengan jangka hayat penduduk Malaysia.

Syarat-syarat yang Ditetapkan:
  • Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah SPA tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
  • Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
  • Syarat-syarat am prosedur di bawah Skim Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah 
  • Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual di bawah.

Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun 1:

Basic Saving in Account 1


Contoh Pengiraan Kelayakan:

EPF Calculation

Pertanyaan
Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai Skim Pelaburan Ahli, sila hubungi :-
  • Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran
  • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP. Tel: 03-8922 6000
  • Maklumbalas Pelanggan, www.kwsp.gov.my
Sila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Ahli juga boleh melayari laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my  bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran KWSP dan panduan umum kepada ahli.


Sumber: www.kwsp.gov.my

No comments:

Post a Comment